KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee, para peserta dan penganjur yang menyertai perarakan yang mengibarkan bendera China di Johor dan Perak digesa disiasat di bawah Akta Hasutan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan berkata, tindakan ini wajar kerana perbuatan penganjur dan peserta itu bukan sahaja menghina negara namun menghasut orang lain untuk melakukan perkara yang sama.
Bahkan tindakan tegas oleh pihak berkuasa menangani insiden ini perlu dilakukan sebelum perkara ini di luar kawalan.
“PPIM sentiasa menghormati dan menyokong tugas pihak berkuasa namun, dalam isu ini (kibar bendera asing) kita tidak boleh berkompromi.
“Apa yang kami bimbang adalah tindakan di luar jangkaan oleh orang awam yang mungkin menyebabkan ketegangan dalam negara ini,” tegasnya.
Artikel berkaitan:Â Pelajar kibar dan pegang bendera China bukan warga Malaysia – Fahmi
Bendera China: Muak permohonan maaf, kenakan hukuman berat – Akmal
Penganjur mohon maaf insiden kibar bendera China di Teluk Intan
Cuba sebut kalau ada negara lain benarkan kibar bendera asing – MCA
Kibar bendera asing tidak akan berulang jika penganjur ada sikap nasionalis
Kibar bendera China: Cabar keharmonian negara, bangkitkan provokasi
Samakan kibar bendera China dengan Palestin satu kenyataan dangkal
Pada 24 Oktober lalu, tular di media sosial satu perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan yang mempamerkan bendera China di tempat awam menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat tempatan.
Perarakan berunsurkan keagamaan itu membabitkan kereta berhias telah berlangsung dari jam 8 malam hingga jam 11.30 malam 24 Oktober lepas dan disertai kira-kira 400 penonton.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata penganjur acara itu melanggar syarat permit yang diluluskan pada 2 Oktober lalu.
Azizi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perarakan tanpa permit polis dan Seksyen 3 (1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mempamerkan lambang kebangsaan negara asing di tempat awam.
Terbaharu, hari ini media melaporkan Pesta Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa Malaysia yang berlangsung di Johor turut disertai delegasi dari China, Vietnam, Thailand, Filipina, Hong Kong, Singapura dan Indonesia.
Chee Yee merupakan salah seorang peserta yang menghadiri perarakan tersebut.
Pada masa sama, PPIM juga berharap agar menteri dan menteri besar negeri-negeri terbabit mengeluarkan kenyataan-kenyataan bijak yang berdasarkan fakta dan akta dan bukan yang berbentuk bacul dalam kemelut yang berkaitan dengan kedaulatan negara ini, tambahnya.
Ujar beliau, PPIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencabar kedaulatan Malaysia. – MalaysiaGazette
Kibar bendera China: Cabar keharmonian negara, bangkitkan provokasi