Tok Batin, Uda Ngon melakukan kerja menoreh getah diladang getah yang terletak di Kampung Arong, Chini, Pahang. foto arkib MG

KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak teraktif bagi bulan Oktober 2024 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Lembaga Getah Malaysia berkata, ia kerana bulan Oktober, harga purata peringkat ladang bagi getah cuplump adalah RM3.70 sekilogram di Semenanjung; Sabah (RM3.40) dan Sarawak (RM3.20).

IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM3 sekilogram ke bawah.

IPG lateks juga akan teraktif apabila IPG getah cuplump teraktif.

Kadar IPG lateks ditetapkan pada RM0.90 sekilogram bagi 100% Kandungan Getah Kering (KGK).

IPG akan dibayar kepada pekebun kecil getah Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast