Bungkusan air ketum yang dirampas PGA dalam satu serbuan di Kampung Aur Cina, Pasir Mas, Kelantan, semalam.

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran air ketum ditahan dalam satu serbuan di Kampung Aur Cina, Pasir Mas, Kelantan, semalam.

Serbuan itu dilakukan sekitar jam 11.30 malam oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) ke atas sebuah bangsal semasa penugasan rutin menerusi Op Taring Wawasan.

Menurut Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, ketiga-tiga suspek telah cuba melarikan diri Ketika serbuan tetapi tidak Berjaya.

Mereka yang ditahan berumur 29, 30 dan 34 tahun.

“Hasil pemeriksaan juga telah menemui 42 bungkus air ketum di sekitar semak tepi bangsal itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, kesemua suspek dan hasil rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Narkotik IPD Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

“Saringan awal ujian air kencing juga mengesahkan dua orang suspek positif dadah jenis Benzo.

Tambahnya, anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah RM1,260 dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast