Foto Ihsan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Wangsa Maju telah melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing  tanpa lesen di sekitar Jalan Jernai 1 dan Jernai 3, Medan Idaman, Gombak.

Dalam tindakan khas tersebut, sebanyak sembilan tindakan sita serta-merta telah dilaksanakan di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Kesemua barangan yang disita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti,” kata DBKL dalam kenyataan.

Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti https://adukl.dbkl.gov.my/. – MalaysiaGazette

Foto Ihsan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast