KUALA LUMPUR- Enam syarikat yang berpangkalan di Malaysia adalah antara hampir 400 entiti dan individu yang dikenakan sekatan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) kerana beroperasi atau pernah beroperasi dalam sektor pembuatan Russia.
Syarikat yang disenaraikan itu ialah Zeolite Mansford Sdn Bhd (Zeolite), Centrina United Sdn Bhd (Centrina), Gyntec Carbon Sdn Bhd (Gyntec), Moralability Industry Sdn Bhd (Moralability) dan Melix Global Sdn Bhd (Melix Global).
Dalam satu kenyataan pada 30 Oktober, Pejabat Jurucakap itu memaklumkan bahawa hampir 400 entiti dan individu telah dikenakan sekatan kerana membolehkan Russia “melaksanakan perang haramnya.”
Kenyataan itu menyatakan bahawa Jabatan Negara sedang mengenakan sekatan ke atas lebih 120 individu dan entiti.
Amerika dengan sifat hipokrit mereka tak pernah berubah. Solidariti terhadap rakyat Ukraine atau tentera Ukraine? Bagaimana pula dengan tanah Palestin? Membenarkan pendudukan haram yahudi dan membiarkan mereka membunuh penduduk Palestin yang tidak bersalah? Padahal bangsat yang lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan dikalangan mereka itu adalah israel.