Anggota penguat kuasa DBKL mengangkut barang-barang perniagaan warga asing yang berniaga tanpa lesen di Gombak, semalam.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil sembilan tindakan menyita barang-barang penjaja warga asing yang berniaga tanpa lesen di sekitar Jalan Jernai 1 dan Jernai 3, Medan Idaman, Gombak, semalam.

Operasi itu dilakukan oleh Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Wangsa Maju.

DBKL berkata, penjaja tersebut dikenakan tindakan di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Gerai warga asing diserbu oleh penguat kuasa DBKL.

Kesemua barangan yang disita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

Dalam kenyataan berasingan, DBKL berkata, ia melakukan tiga serbuan terhadap penjaja warga asing di sekitar kawasan Jalan Silang, Petaling, dekat sini, baru-baru ini.

Menurutnya, serbuan berasingan itu dibuat pada waktu berbeza.

“Hasil daripada itu, 22 tindakan sita serta-merta telah dilaksanakan. Tindakan diambil di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016,” katanya.

Barang-barang penjaja warga asing yang dirampas di Jalan Silang.

DBKL berkata, semua barangan yang disita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast