Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis wanita Kelantan yang ditahan di sebuah hotel di Sungai Golok, selatan Thailand, Jumaat lalu akan dibawa ke mahkamah Thailand, esok untuk permohonan reman.

Laporan BH Online yang memetik sumber berkata, kesemua tahanan yang berusia 25 hingga 32 tahun akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat, jam 9 pagi dari Balai Polis Sungai Golok.

Media semalam melaporkan, enam rakyat Malaysia yang berasal dari Kelantan termasuk tiga wanita ditahan di selatan Thailand kerana disyaki memiliki dadah jenis pil kuda.

Mereka ditahan jam 6 pagi (waktu Malaysia) di sebuah bilik selepas selesai berhibur. Ketika ditahan, polis turut menemui 6,000 biji pil kuda.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin dilaporkan berkata pihaknya sedang menyiasat sama ada enam rakyat Malaysia itu menganggotai sindiket penyeludupan dadah.

Katanya, siasatan sedang dijalankan dengan bantuan rakan sejawatannya dari Thailand. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here