Hujan lebat dan ribut petir di lapan negeri sehingga petang ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hari ini.

Dalam kenyataan, kata MetMalaysia, negeri-negeri itu ialah Terengganu, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Melaka, Johor Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia menjangkakan hujan lebat akan berterusan sehingga jam 4 petang ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut) , Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).

“Manakala di Selangor (Kuala Selangor), Melaka, Johor, Sarawak: Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi)

“Di Sabah pula di kawasan pedalaman iaitu Tambunan, Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” kata kenyataan itu.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast