Asisten Komisioner Sazalee Adam

BALIK PULAU – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan rangka manusia yang ditemui dalam kebun durian di Jalan Pulau Betong di sini, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, rangka tersebut ditemui pada jam 12.35 tengah hari selepas pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang saksi yang melaporkan penemuan tulang manusia di kawasan berkenaan.

Hasil siasatan awal di tempat kejadian berjaya mengesan beberapa tulang dan satu rangka manusia di bawah timbunan tanah di kawasan lereng bukit kebun durian tersebut.

“Selain rangka, kita turut menemui beberapa barang lain termasuk serpihan telefon, cawan, gulungan dawai, periuk besi dan serpihan kipas di lokasi sama.

“Rangka tersebut dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Sazelee, pihaknya kini menunggu keputusan bedah siasat dan laporan forensik bagi siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast