Pasukan peyelamat mengangkat mayat mangsa yang dilaporkan hilang pada Sabtu lalu selepas ditemui pada jarak lebih kurang 3 batu nautika dari muara Sungai Balok oleh penduduk serta nelayan sekitar pada petang semalam

KUANTAN- Mayat lelaki yang dilaporkan hilang semasa mencari kupang pada Sabtu lalu ditemukan lemas berhampiran muara Sungai Balok di pada jam 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa Leong Wai Seng, 57, ditemui penduduk kampung kira-kira tiga batu dari muara sungai berkenaan.

“Majikan mangsa mengesahkan mayat yang ditemuinya adalah mangsa. Pemeriksaan fizikal turut mendapati tiada kecederaan di badan mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.

Artikel berkaitan : MGNews: Radius Mencari Dan Menyelamat Mangsa Lemas Di Sungai Balok Diperluas

Kelibat rakan tak nampak ketika air mulai pasang

Mangsa dilaporkan  ke lokasi berkenaan bersama lima individu lain termasuk majikannya sebelum dikatakan turun ke muara sungai seorang diri untuk mencari kupang dan dilaporkan hilang selepas itu.

Difahamkan, rakan mangsa telah memanggil mangsa beberapa kali untuk naik ke darat tetapi tidak dijawab dan menyangkakan mangsa telah pergi membuang air besar di seberang muara.

Rakan pengadu warga Indonesia yang berenang di muara ketika kejadian cuba mencari mangsa tetapi tidak menjumpainya sebelum membuat laporan polis di Balai Beserah.

Susulan itu Wan Zahari berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama dimulakan pada jam 9 malam Sabtu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast