MARA Corp Corporation MEIO Hasanah Abdul Hamid US$6.94 million CBT missing case item Malaysian Indian Transformation Unit MITRA funds Indians MACC logo MP Sabah Hasanah Abdul Hamid remand senior officers Malaysian Anti-Corruption Commission Ahmad Maslan compound punitive action
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan wang sebanyak RM94 juta telah ditemui di kediaman seorang bekas Menteri Besar seperti yang didakwa Ahli Parlimen Pendang di Parlimen, hari ini.

Tegasnya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki tidak pernah membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Walaupun SPRM menghormati hak Ahli Parlimen untuk menyuarakan pandangan mereka secara bebas, adalah penting agar kenyataan yang dibuat berasaskan fakta yang tepat untuk mengelakkan kekeliruan.

“SPRM ingin menegaskan sekali lagi bahawa tiada sebarang kenyataan telah dibuat oleh Suruhanjaya ini mahupun Ketua Pesuruhjaya SPRM berkaitan penemuan jumlah tersebut di kediaman bekas Menteri tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here