Gambar hiasan

ANKARA- Seorang aktivis pro-Palestin di Perancis dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana “mengagung-agungkan keganasan” di media sosial.

Amira Zaiter yang berasal dari Nice, ditahan 19 September lalu kerana mengagung-agungkan keganasan, melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan menyebarkan kata-kata kebencian di media sosial, lapor media tempatan.

“Pengasas De Nice a Gaza (Dari Nice Ke Gaza) dijatuhi hukuman penjara tiga tahun yang mana selama setahun dia perlu memakai gelang pemantauan,” lapornya.

Zaiter menganjurkan protes pro-Palestin pertama di Nice pada Oktober 2023 selepas Israel melancarkan serangan terhadap Gaza. -Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast