Bojan Hodak.

KUALA LUMPUR – Jurulatih kelahiran Croatia, Bojan Hodak enggan mengulas lanjut apabila namanya dikaitkan menjadi jurulatih baharu Selangor bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Nidzam Jamil yang sedang heboh diperkatakan di media sosial.

Dia yang ketika ini mencurah bakti di Indonesia bersama Persib Bandung enggan mengulas lanjut mengenainya kerana menghormati kontrak antaranya dengan pasukan berkenaan.

“Saya tahu kerana setiap kali Selangor FC mengalami perubahan kejurulatihan, pasti ada khabar angin mengatakan saya akan dilantik mereka. Tetapi, saya masih ada kontrak di sini itu sahaja,” katanya seperti dilaporkan portal Okezone.

Bojan yang juga pernah bersama kelab berkualiti seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan pernah menjulang pelbagai kejuaraan bersama Kuala Lumpur (KL) City FC dua tahun lalu selain memenangi Piala Malaysia.

Namun dia memilih untuk ke Indonesia pada pertengahan 2023 setelah meninggalkan KL City dengan harapan dapat meraih pengalaman baharu dalam kariernya.

Keputusan itu sememangnya tepat kerana dia berjaya membantu mereka menjulang Liga 1 Indonesia pada musim berkenaan selain membawa pulang Anugerah Jurulatih Terbaik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast