KUALA LUMPUR – Pelakon, Eyka Farhana mengesahkan dia telah mengikat tali pertunangan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.
Berkongsi detik gembira itu menerusi hantaran gambar di Instagram masing-masing sebentar tadi, pasangan itu bagaimanapun dikhabarkan sudah melangsungkan majlis terbabit pada 4 Ogos lalu melalui foto kek yang dikongsikan.
Menerusi hantaran itu. kedua-dua kelihatan begitu bahagia dalam satu majlis istimewa yang diadakan secara tertutup.
Eyka dan Akhyar turut memuat naik gambar sekitar majlis pertunangan yang dihadiri kedua-dua belah keluarga.
Pasangan itu turut memuat naik gambar cincin sebagai simbolik ikatan pertunangan yang dimeterai sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.
Sebelum ini, pelakon berusia 29 tahun itu enggan mendedahkan status perhubungan dengan kekasih hati kepada umum.
Namun Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi mula terbuka berkongsi kisah cinta bersama pemain bola sepak itu sejak 2020. – MalaysiaGazette