Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat diberitahu sehingga 30 September 2024, Aplikasi MYJalan Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menerima sebanyak 20,042 aduan kerosakan terdiri daripada pelbagai kategori aduan.

Menurut KKR, daripada jumlah tersebut, 6,019 atau 30 peratus merupakan aduan dibawah seliaan KKR dan agensi yang melibatkan Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri manakala bakinya 14,023 aduan atau 70 peratus merupakan luar bidang kuasa KKR.

“KKR dan agensi telah menyelesaikan 5,738 bersamaan 95.33 peratus daripada aduan di bawah bidang kuasa yang diterima manakala baki sebanyak 281 atau 4.67 peratus  masih dalam tindakan,” kata Menteri Kerjaa Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, Kategori Jalan Berlubang merupakan kategori tertinggi sebanyak 39.57 peratus (2,382), diikuti Jalan Rosak 18.06% (1,087), Lampu Jalan 16.35% (984) dan Lampu Isyarat 10.53% (634). Baki 15.49 peratus (932) adalah lain-lain kategori.

Alexander berkata demikian mengulas soalan lisan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) yang ingin KKR memperincikan statistik aduan kerosakan jalan yang diterima kementerian itu menerusi aplikasi MYJalan.

Tambah Alexander, aplikasi MYJalan turut menerima 14,023 aduan Luar Bidang Kuasa KKR. Walaubagaimanapun selaras dengan dasar No Wrong Door Policy (NWD) aplikasi itu di mana aduan-aduan tersebut telah disalurkan kepada jabatan berkenaan.

Aduan berkenaan, jelas Alexander, membabitkan aduan jalan di bawah seliaan pelbagai agensi antaranya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Jabatan Pengairan dan Saliran, jalan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak, Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dan lain-lain. Pihak KKR akan terus melaksanakan pelbagai program dan sesi libat urus bersama-sama pihak berkepentingan yang lain bagi memastikan setiap aduan ditangani dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata, Aplikasi Sistem Pemantauan Potholes (ASaPP) turut merekodkan sebanyak 2,990 bilangan potholes yang telah dibaiki melalui tampalan secara kerja rutin di sepanjang Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia sehingga 30 September lalu.

“Manakala di Sarawak, Sabah dan Labuan telah merekodkan sebanyak 38,039 bilangan tampalan potholes,” jelas Alexander lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here