Sasikala Devi bersama Ketua JSJ IPK Selangor SAC Wan Kamarul Azran Wan Yusof menunjukkan kejayaan menumpaskan geng menyamar polis dan curi motosikal di Lebuhraya dalam sidang media di IPD Petaling Jaya pada 7 November 2024.

PETALING JAYA – Seramai 10 individu diberkas polis bagi membantu siasatan kerana disyaki mencuri motosikal di tepi Lebuhraya Utara Selatan dengan menyamar sebagai anggota polis.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Sasikala Devi Subramaniam berkata, pihaknya menerima laporan daripada dua lelaki tempatan berusia 18 dan 21 tahun mengenai kejadian samun dan curi motosikal itu.

Katanya, pengadu menyatakan empat lelaki menyamar sebagai polis di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh arah Selatan.

“Kedua-dua suspek itu bertindak menahan kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal di tepi jalan dengan menyamar sebagai polis dengan alasan mahu membuat pemeriksaan sebelum bertindak melarikan barangan peribadi dan motosikal mangsa.

“Bertindak atas maklumat dan aduan mangsa pada 20 Oktober lalu jam lebih kurang 5.01 pagi sepasukan polis dari IPD Petaling Jaya berjaya melakukan beberapa siri serbuan dan menangkap 10 lelaki suspek tempatan yang disyaki terlibat dalam jenayah samun dan melarikan motosikal yang sedang disiasat itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Sasikala, hasil pemeriksaan ke atas suspek berusia antara 25 hingga 39 tahun itu membawa kepada rampasan tujuh buah motosikal, satu bongkah enjin dan satu chasis.

Tambah beliau, semakan mendapati tujuh suspek mempunyai 26 rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan 10 rekod dadah manakala dua suspek diuji positif dadah.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan dan percaya pihaknya berjaya menyelesaikan 10 kes samun di sekitar Selangor dengan tertangkapnya suspek tersebut.

Sasikala berkata, kesemua suspek yang tamat reman pada hari ini diserahkan kepada IPD Sungai Buloh untuk ditahan reman bagi meneruskan siasatan kes tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here