Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

BAYAN LEPAS – Polis menahan seorang lelaki tempatan yang membuat kacau dan memecahkan cermin kenderaan orang awam di Lebuh Raya Dr Lim Chong Eu, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian selepas pihaknya menerima aduan berhubung kejadian tersebut.

“Suspek itu kini direman bagi membantu siasatan dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif tindakannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Sazalee berkata, polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 19 dan 27 tahun selepas terlibat dalam kes curi motosikal di sebuah apartmen di Bayan Lepas.

“Susulan penahanan mereka, polis berjaya merampas dua buah motosikal jenis Yamaha dipercayai telah dicuri dua lelaki itu.

“Mereka kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here