Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KUALA LUMPUR – Polis memulakan siasatan kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta selepas proses kutipan oleh pekerja sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point, Ampang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada Rabu jam lebih kurang 3.55 petang.

“Bertindak atas laporan polis itu, satu kertas siasatan telah dibuka bagi siasatan lanjut, katanya menerusi kenyataan.

Menurut Mohd Azam, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.

Sementara itu, berdasarkan maklumat yang tersebar, kejadian berlaku ketika pemandu van keselamatan menyedari pintu kenderaan tersebut terbuka.

Individu berkenaan yang membuat pemeriksaan mendapati sebuah beg berisi wang tunai tiada dalam van tersebut, dipercayai terjatuh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast