Gunung Lewotobi Laki-laki memuntahkan debu tebal di Titehena, Flores Timur. foto Antara

FLORES TIMUR – Gunung Lewotobi Laki-Laki, gunung berapi di timur Indonesia meletus lagi pada hari ini, menghasilkan ‘menara abu’ setinggi sembilan kilometer (lebih lima batu) ke langit, selepas ia mengorbankan sembilan orang beberapa hari lalu dan memaksa beribu-ribu penduduk tempatan berpindah.

Gunung ini adalah unung berapi berkembar dengan ‘Gunung Lewotobi Wanita’ yang setinggi 1,703 meter (5,587 kaki) di pulau pelancongan Flores.

Ia meletus lebih 12 kali minggu ini, selepas letusan pertama hari Isnin lalu.

“Asap tebal pada kira-kira 9,000 meter di atas puncak. Abunya kelihatan kelabu dan asapnya tebal,” kata agensi vulkanologi Indoesia dalam satu kenyataan mengenai letusan yang bermula pada 4.47 waktu tempatan (2047 GMT).

Tiada laporan mengenai kerosakan di kampung berhampiran letusan baharu hari ini.

Tetapi agensi itu memberi amaran kepada penduduk untuk “berjaga-jaga dengan potensi banjir lahar sejuk” akibat hujan lebat.

Pada hari Jumaat, satu lagi letusan besar memaksa pegawai di pos pemantauan berdekatan berpindah ketika abu dan batu-batu kecil turun.

Khamis lalu, gunung ini memuntahkan abu setinggi lapan kilometer, yang menurut penduduk tempatan adalah antara yang terbesar pernah mereka lihat.

Lebih 10,000 orang telah terjejas akibat letusan itu, dengan pegawai memberitahu penduduk tempatan untuk berpindah secara kekal dari zon terkecuali lapan kilometer.

Indonesia, sebuah negara kepulauan yang luas, mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi yang kerap kerana kedudukannya di “Ring of Fire” Pasifik. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast