Bekas pegawai khas mantan perdana menteri dirakam keterangan berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada pendakwah selebriti

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan seorang bekas pegawai khas kepada mantan perdana menteri bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah daripada pendakwah selebriti.

Lelaki berusia 37 tahun itu hadir di pejabat SPRM Kedah kelmarin dan selesai memberi keterangan pagi semalam.

Sumber memaklumkan, lelaki itu bagaimanapun dibebaskan pagi semalam selepas selesai memberi keterangan bagi kes yang disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Perbuatan itu disyaki dilakukan bagi membantu menyelesaikan kes pengubahan wang haram membabitkan pendakwah terbabit.

Rabu lalu, SPRM Kedah menahan reman tiga individu termasuk seorang aktivis politik kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pendakwah selebriti, kononnya bagi membantu menyelesaikan kes penggubahan wang haram (AMLA) yang sedang dalam siasatan polis.

Kesemua suspek lelaki berusia antara 30 hingga 50-an itu ditahan pada Selasa, dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Bedong dan di Pejabat SPRM Kedah.

Mereka dipercayai bersubahat meminta wang sebanyak RM150,000 daripada pendakwah terbabit, namun hanya menerima RM20,000 secara tunai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here