Seorang wanita warga asing ditemukan maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan kediaman di Setapak, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga asing ditemukan maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan kediaman di Setapak, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam sekitar jam 12.10 tengah hari tadi.

Mangsa berusia 27 tahun itu disahkan meninggal dunia dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast