garbage disposal solid waste landfill Selangor
Ng Sze Han

SHAH ALAM – Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han kini menerajui barisan kepimpinan DAP Selangor selepas dipilih sebagai pengerusi baharu parti itu bagi penggal 2024-2027.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara itu dipilih dalam kalangan 15 jawatankuasa tertinggi yang baharu pada pemilihan Jawatankuasa DAP negeri bersempena Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2024 di Pusat Konvensyen IDCC di sini hari ini.

Ng ialah Setiausaha DAP negeri pada penggal lepas.

Jawatan Timbalan Pengerusi disandang oleh Ahli Parlimen Klang V. Ganabatirau manakala jawatan Naib Pengerusi pula disandang ADUN Sekinchan merangkap Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim serta Ean Yong Hian Wah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin dipilih sebagai Setiausaha DAP negeri yang baharu.

Berikut ialah senarai Jawatankuasa DAP Selangor 2024-2027:

Pengerusi: Ng Sze Han

Timbalan Pengerusi: V. Ganabatirau

Naib Pengerusi: Datuk Ng Suee Lim dan Ean Yong Hian Wah

Setiausaha: Yeo Bee Yin

Penolong Setiausaha: Leong Tuck Chee

Bendahari: Jamaliah Jamaluddin

Penolong Bendahari: R. Rajiv

Setiausaha Organisasi: Tiew Way Keng

Penolong Setiausaha Organisasi: V. Papparaidu dan Lee Fu Haw

Setiausaha Publisiti: Wong Siew Ki

Pengarah Pendidikan Politik: Syahredzan Johan

Ahli jawatankuasa negeri: Ong Chun Wei dan Michelle Ng Mei Sze. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast