Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar.

JOHOR BAHRU – Polis yang menahan seorang lagi suspek dalam kes penculikan ahli perniagaan membabitkan wang tebusan RM20 juta akan dituduh di mahkamah hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pertuduhan akan dibuat ke atas seorang wanita berusia 57 tahun di Mahkamah Sesyen di sini pukul 9 pagi.

“Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan iaitu melakukan persubahatan menculik mangsa bersama tiga tertuduh lain.

“Di bawah seksyen itu, jika sabit kesalahan, hendaklah dihukum dengan penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan sebatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pada 4 November lalu, seramai tiga lelaki termasuk dua warga asing berusia antara 29 hingga 49 tahun telah dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini, bawah pertuduhan yang sama.

Beliau memberitahu, ketiga-tiga tertuduh tidak dibenarkan jamin dan kes akan disebut semula pada 17 November ini.

Pada 13 Oktober lalu, seorang pemaju berusia 59 tahun dilaporkan diculik sekumpulan individu di hadapan rumahnya di bandar raya ini kira-kira pukul 5 pagi.

Mangsa hanya dibebaskan penculik selepas kira-kira tujuh jam, apabila ahli keluarga membayar wang tebusan bernilai RM20 juta seperti yang diminta.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here