Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kesal kerana tidak ada papan tanda berbahasa Melayu di kompleks beli-belah baharu di ibu kota.

Beliau mengaku terkejut apabila memasuki salah sebuah pusat beli belah di sini dan merasakan dirinya seolah-olah berada di negara asing.

“Wah. Ia adalah hebat. Tetapi tiba-tiba saya rasa saya berada di China. Kemudian saya sedar mengapa. Semua papan tanda adalah dalam bahasa Cina dengan terjemahan Inggeris.

“Tiada dalam Bahasa Melayu. Tidak sama sekali,” ujarnya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.

Dr Mahathir dalam masa sama mempersoalkan sama ada kita sudah menjadi sebahagian daripada China.

Malah beliau juga dimaklumkan sesetengah media di China merujuk Malaysia sebagai China Kecil.

“Kenapa? Kerana antara negara Asia Tenggara Malaysia memaparkan aksara Cina di seluruh dunia, besar dan menonjol.

“Mestilah sebab kita ramai pengunjung Cina. Tetapi terjemahan dalam aksara kecil, ya. Tetapi bahasa kebangsaan kita ialah Bahasa Melayu,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here