Sekitar kunjungan Duta Palestin, Walid Abu Ali ke UTeM baru-baru ini.

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan rasmi Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali bersama delegasinya ke kampus induk UTeM, Durian Tunggal, baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, kunjungan itu merupakan satu penghormatan  sekaligus mengukuhkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin.

Antara pengisian tertumpu kepada perancangan dua hala berhubung ruang dan peluang serta pertukaran idea yang lebih konkrit menerusi penerokaan siri kerjasama selanjutnya.

Pihaknya turut menyentuh tentang perkembangan akademik dan kebajikan semasa yang telah dilaksanakan oleh UTeM terhadap kumpulan pelajar Palestin yang menyambung pengajian di sini.

“Pelbagai inisiatif dan agenda menarik yang telah dijayakan buat pelajar antarabangsa di UTeM apatah pula kepada pelajar dari negara yang sedang dalam kancah pergolakan.

“Secara umumnya UTeM merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang sentiasa prihatin dan cakna dalam aspek menjaga kebajikan pelajar terutamanya kepada golongan yang memerlukan,” ujarnya dalam kenyataan.

Sementara itu, Walid Abu Ali melahirkan rasa penghargaan terhadap pelbagai inisiatif yang telah dijayakan UTeM khususnya kepada kumpulan pelajar Palestin di sini di samping menghargai hubungan baik yang sedia terjalin.

Pada masa yang sama beliau turut menyatakan komitmennya untuk terus membantu UTeM bagi mendapatkan lebih ramai pelajar dari Palestin untuk melanjutkan pengajian di sini.

Pada masa yang sama menerusi kunjungan ini beliau mengadakan pertemuan bersama para pelajar dari Palestin serta beramah mesra bersama pengurusan tertinggi UTeM.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr Zulkifilie Ibrahim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif, Pengarah Pusat Hubungan Strategik Korporat dan Global, Hazman Hasib dan Pengarah Pusat Pelajar Antarabangsa dan Mobiliti, Dr Nur Azmi Nordin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here