Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, President of Jinan University, Prof. Dr. Xing Feng selepas menandatangani Memorandum Persefahaman di UPM.

SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jinan University, China (JNU) menandatangani Memorandum  Persefahaman (MoU) untuk pembentukan “China-Malaysia Belt and Road Joint Laboratory for Oil Processing and Safety yang pertama.

Kerjasama ini untuk memperluaskan penerokaan dalam dunia penyelidikan bidangpemprosesan minyak dan keselamatan dengan memfokuskan kepada penghasilan teknologi yang lestari dan inovatif dalam industri minyak serta keselamatan makanan di rantau Asia.

Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, kerjasama ini bukan sahaja berpotensi memperkasa penyelidikan dan pembangunan di antara kedua-dua buah negara namun juga membuka peluang kepada penyelidik untuk meneroka inovasi baru dalam pemprosesan minyak yang lebih selamat dan mesra alam.

“Melalui kerjasama pembentukan makmal ini UPM, JNU semakin kukuh dan diharapkan mampu memacu penyelidikan yang membawa manfaat pada peringkat global,” katanya.

Selain itu, jalinan kerjasama ini mencerminkan komitmen kedua-dua universiti dalam mempergiatkan pertukaran ilmu pengetahuan serta meluaskan peluang penyelidikan dalam bidang teknologi makanan.

Dalam pada itu, kerjasama ini selari dengan visi UPM menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast