Seorang wanita dikenali sebagai Junaida Abdul Rahim yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya pada 15 November lalu.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan seorang wanita dikenali sebagai Junaida Abdul Rahim yang dilaporkan hilang sejak 15 November lalu kini berada di Kuantan, Pahang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan oleh ahli keluarga wanita terbabit lewat malam tadi.

“Ya betul (mangsa telah ditemui) dan ahli keluarga maklumkan lewat malam tadi, dia berada di Kuantan.

“Hari ini dia (Junaida) akan balik ke Shah Alam untuk berjumpa pegawai penyiasat bagi diambil keterangan,” katanya secara ringkas ketika dihubungi.

Semalam, polis memaklumkan menerima tiga laporan berhubung wanita itu yang tidak dapat dihubungi selepas keluar ke tempat kerja pada Jumaat lalu.

Mohd Iqbal melaporkan, laporan kes Orang Hilang (OH), Junaida, dibuat kakak kandung mangsa awal pagi kelmarin.

Berdasarkan laporan diterima, wanita berusia 42 tahun dan masih bujang itu keluar dari rumah sewanya di Seksyen 17, Shah Alam kira-kira jam 11 pagi.

Wanita yang menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton itu dipercayai menuju ke tempat kerja di Subang Jaya.

Tambah Mohd Iqbal, kenderaan yang dinaiki mangsa merupakan pemilik sebuah agensi takaful di Subang Jaya itu ditemukan di tepi jalan di Jalan Ampang, di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast