Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang menurunkan tandatangan pada plak simbol gimik perasmian sempena majlis peluncuran Serambi Niaga di kampus UMT.

KUALA LUMPUR – Serambi Niaga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini menjadi platform utama dalam mencetuskan inovasi keusahawanan di kalangan mahasiswa.

Inisiatif ini dirangka khusus untuk mendorong mahasiswa mencipta peluang dalam dunia perniagaan, sekaligus meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Mohd Izani Mohd Zain berkata, serambi ini menyediakan pelbagai sokongan seperti pinjaman tanpa faedah bagi membantu mahasiswa memulakan perniagaan tanpa beban kewangan.

“Platform ini turut menawarkan rangkaian dropship, khidmat latihan perniagaan serta bimbingan langsung oleh pensyarah, melengkapkan ekosistem keusahawanan UMT.

“Inisiatif ini selaras dengan usaha universiti untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja mencari pekerjaan tetapi juga mampu mencipta peluang pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, Serambi Niaga adalah “makmal hidup” yang memberi pendedahan langsung kepada realiti dunia perniagaan.

Modul bimbingan, hab kepimpinan, kolaborasi alumni, serta eksperimen produk baharu menjadikan Serambi Niaga sebagai platform unik dan berdaya tahan.

Sementara itu, pelajar Sarjana Muda Sains Akuakultur, Nur Amiera Zulkifli, 21, berkata, menerusi inisiatif tersebut beliau mendapat peluang untuk belajar selok-belok keusahawanan dari perancangan hingga penjualan produk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here