Seutas jam tangan jenama Rolex Datejust 36 Oyster-Steel and Yellow Gold yang telah dicuri.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dipercayai mencuri jam tangan jenama Rolex dari sebuah kedai barangan berjenama di SS 16, Subang Jaya, Selangor, semalam diburu polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asistent Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita tempatan pada jam 10.40 pagi.

“Berdasarkan laporan, wanita terbabit merupakan kakitangan kedai itu mendakwa jam berkenaan telah dicuri individu yang menyamar sebagai pelanggan ketika dia bersama rakannya sedang membuka kedai.

“Suspek terbabit telah mencuri seutas jam tangan jenama Rolex Datejust 36 Oyster-Steel and Yellow Gold sebelum melarikan diri dengan alasan mahu mengambil majikannya di tingkat bawah.

“Hasil siasatan mendapati, suspek telah menunggu di hadapan kedai sebelum dibuka dan membuat temujanji melalui mesej di samping bertanyakan beberapa soalan mengenai barangan yang dijual,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Wan Azlan, anggaran kerugian dalam kejadian itu sebanyak RM64,000 dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Akta 574). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here