Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin

KUALA LUMPUR – UMNO Kedah menuntut Kerajaan Negeri Kedah bertanggungjawab dan mendedahkan kegagalan pembangunan mega Langkasuka-Langkawi.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pihaknya memandang serius tindakan Bin Zayed International (LLC) yang menarik diri daripada usahasama pembangunan mega tersebut.

Jelas beliau, usaha sama yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini dilihat sangat sensasi, justeru kegagalannya harus diperjelaskan kepada rakyat secara telus dan tuntas.

“UMNO Kedah juga bimbang kegagalan usaha sama ini akan turut memberi kesan terhadap pengumuman-pengumuman lain yang turut dibuat oleh Menteri Besar sebelum ini.

“Ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kepakaran dan kebolehan menilai latar belakang rakan usaha sama ataupun ketidakupayaan Kerajaan Negeri melunaskan beberapa komitmen yang tertera didalam perjanjian persefahaman,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan syarikat konglomerat pelaburan global, BZI mengesahkan menarik diri daripada projek tersebut dan memberi tumpuan kepada peluang yang lebih baik.

Pada 2021, Widad Business Group Sdn. Bhd. menjalin kerjasama strategik dengan BZI untuk membantu membangunkan pembangunan bercampur RM40 bilion yang dikenali sebagai Widad@Langkasuka di Langkawi.

Sementara itu, Shaiful Hazizy berkata, pihaknya turut memohon Kerajaan Negeri Kedah dengan segera membuat “forensik” khas bagi mengkaji punca kegagalan projek yang pernah dibangga-banggakan sebelum ini.

Tegas beliau, rakyat berhak mendapat maklumat yang betul kerana mereka juga harus diberi peluang membuat penilaian terhadap keupayaan kerajaan yang pilih pada pilihan raya negeri lalu.

“UMNO Kedah ingin menyimpulkan Kerajaan Negeri yang sedia ada sekarang gagal dan tidak sama sekali mampu mengadakan usaha sama bertaraf antarabangsa dan lima bintang.

“UMNO Kedah juga yakin gagasan “The Greater Kedah” yang dicanang oleh Kerajaan Negeri dan Menteri Besar hanyalah bersifat propanganda dan tunggangan politik semata-mata tanpa memberi manafaat kekal kepada rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here