Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir bagi perbicaraan pertuduhan pecah amanah terhadap harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 25 NOVEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi, di sini, menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk secara kekal menangguhkan perbicaraan kes pecah amanah International Petroleum Investment Company (IPIC) berjumlah RM6.6 bilion. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan itu atas alasan tiada permohonan rasmi dibuat pasukan peguam mewakili bekas Perdana Menteri itu yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee memohon supaya mahkamah membenarkan penangguhan secara kekal prosiding terhadap anak guamnya dan secara alternatif memohon Najib dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).

Penangguhan prosiding secara kekal pada kebiasaanya melibatkan perbicaraan dalam kes sivil tetapi boleh digunakan untuk kes-kes jenayah tertentu.

Ketika berhujah, Shafee berkata, terdapat dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang belum dinyahklasifikasi dan diserahkan bagi pihaknya untuk menyediakan pembelaan lengkap.

Katanya, ini merupakan kes pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berkaitan bayaran kepada IPIC yang sepatutnya dibicara pada hari ini.

Pada 24 Oktober 2018 Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah.

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah hadir bagi perbicaraan pertuduhan pecah amanah terhadap harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 25 NOVEMBER 2024

Sebelum ini, kedua-dua tertuduh pernah memohon perintah DNAA daripada mahkamah atas alasan perbicaraan tidak pernah dimulakan sejak lebih enam tahun. 

Namun Muhammad Jamil menolak permohonan itu dengan berkata pihak pendakwaan bersedia untuk perbicaraan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here