ALOR GAJAH – Polis Melaka sedang memburu seorang tahanan lelaki Indonesia yang meloloskan diri dari pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Gajah, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar 10.10 pagi itu, tahanan berusia awal 30-an itu melarikan diri dalam keadaan kedua-dua tangan bergari dan disyaki dengan memanjat pagar mahkamah menuju kawasan semak.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian, suspek dalam perjalanan untuk dibawa masuk ke dalam kenderaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas sebutan semula kes yang dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
“Semasa hendak memasuki kenderaan, tahanan itu tiba-tiba menolak pegawai pengiring JKDM dan terus melarikan diri dengan memanjat pagar mahkamah.
“Suspek memakai baju- T berwarna biru muda, berseluar panjang putih dan dalam keadaan tangan bergari di depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Tambahnya, polis telah melancarkan Op Tutup Dan Op Kesan untuk mencari dan menangkap semula tahanan berkenaan yang turut dibantu oleh Unit Anjing Pengesan (K9).
“Setakat ini suspek gagal dikesan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran,” katanya lagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan iaitu penjawat awam dengan cuai melepaskan tahanan dan tahanan lari dari kurungan yang sah di sisi undang-undang. – MalaysiaGazette
umno kalau nak banyak kerusi bertanding solo lah . tak payah menumpang nasib dengan ph . tawaran agong akan selesai setelah tamat tempoh penggal ini . penggal akan datang umno bebas solo . johor nak monopoli tempat lain pun nak ganggu kerusi orang . bertanding solo dulu kalau tergantung boleh pakat balik . sampai bila nak tamak dominan . pemuda umno punya mulut pedas terhadap dap . ph tak boleh terima perangai perkauman seperti itu. yang layak gabung dengan pas saja lah