Singapura hari ini memberi amaran kepada orang ramai mengenai laman web palsu yang bertujuan menarik pelaburan dalam Bitcoin menggunakan komen palsu daripada Pengerusi Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS), Tharman Shanmugaratnam.
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Persatuan Platform Aset Digital Malaysia (MDAPA) memberi peringatan kepada para pelabur untuk lebih peka terhadap scammer berikutan kenaikan harga Bitcoin yang hampir mencecah AS$100,000, dan juga peningkatan harga aset-aset digital alternatif lain (altcoin).

Kombinasi keyakinan pasaran dan harga mata wang kripto yang tinggi menjadikan orang awam lebih tertarik terhadap peluang keuntungan.

Susulan peningkatan tersebut, para pelabur perlu peka terhadap skim-skim tidak berlesen yang sedang mencari mangsa untuk diperdayakan.

“Scammer biasanya menyasarkan kumpulan-kumpulan berisiko, terutamanya warga emas yang menggunakan platform media sosial, mempunyai pengetahuan terhad
mengenai mata wang kripto serta mudah tertarik dengan janji untuk menambah simpanan persaraan mereka.

“MDAPA telah menerima aduan scammer akan melakukan taktik penyamaran sebagai ejen atau proksi bagi pihak bursa aset digital diiktiraf di negara ini. Melalui penyamaran, mereka akan menawarkan bantuan kepada pelabur baharu atau para pelabur yang kurang peka, untuk melabur atau berdagang bagi pihak mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sehingga hari ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hanya mengiktiraf enam bursa aset digital dan dua tawaran awal bursa, yang boleh disemak pada laman web rasmi di
sini: Pemain Aset Digital Dikawal Selia.

Senarai bursa-bursa yang diiktiraf adalah:
1. Bursa Aset Digital
a. HATA Digital Sdn Bhd
b. Luno Malaysia Sdn Bhd
c. MX Global Sdn Bhd
d. SINEGY DAX Sdn Bhd
e. Tokenize Technology (M) Sdn Bhd
f. Torum International Sdn Bhd

2. Tawaran Awal Bursa
a. Pitch Platforms Sdn Bhd
b. Kapital DX Sdn Bhd

Pihak persatuan ingin menekankan bahawa bursa aset digital diiktiraf tidak akan menjanjikan pulangan pelaburan, menarik pelabur melalui paparan gaya hidup mewah
dan menggunakan pihak ketiga untuk pembelian atau penjualan aset-aset digital.

Setiap transaksi perlu dilakukan sendiri oleh pelabur melalui aplikasi atau laman web bursa.

MDAPA berkata, jika anda mengesyaki sebarang jenayah scam, laporkan segera ke pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di talian hotline
03-26101559, atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here