KUALA LUMPUR – Hala tuju bekas ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee akhirnya terjawab apabila beliau secara rasminya diumumkan sebagai jurulatih Persis Solo.
Perkara itu dimaklumkan kelab Indonesia tersebut menerusi hantaran di Facebook.
Kim Swee, 53, akan mengambil alih tugas daripada Muhammad Hanafing.
“Saya melihat ini sebagai satu peluang bersama satu kelab yang memiliki cita-cita yang cukup tinggi, di mana saya hadir bersama Persis dan memastikan semua pihak memiliki objektif yang sama,” kata Kim Swee.
Persis Solo kini menduduki tangga tiga tercorot carta liga dengan hanya tujuh mata selepas 11 perlawanan. – MalaysiaGazette