KUALA LUMPUR – Bapa kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad, Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad meninggal dunia awal pagi tadi.
Berita sedih itu dimaklumkan oleh Sharnaaz menerusi akaun Instagramnya.
Menurut Sharnaaz, allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
“Hero saya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi ini. Dia tidak pernah berhenti putus asa, hanya jantungnya sahaja yang berhenti berdegup.
“Dia selamanya akan menjadi hero dan juara untuk saya. Saya sayang papa, Al-Fatihah papa,” tulisnya.
Menerusi hantaran sama, pelakon berusia 38 tahun itu memaklumkan, jenazah dalam perjalanan untuk dibawa pulang ke kampung halaman keluarganya di Georgetown, Pulau Pinang.
“Terima kasih kerana menjadi bapa yang hebat kepada kita semua. Saya setengah kuat seperti anda, separuh sebagai ayah yang baik seperti anda. Sekarang ajar saya untuk menjadi yang hebat seperti anda dari syurga tau,” ujarnya.
Sharnaaz turut memaklumkan, solat jenazah akan diadakan di Masjid Syed Eyusof, Georgetown selepas solat Asar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama. -MalaysiaGazette