Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

KUALA LUMPUR – Jumlah hantaran yang diminta diturunkan oleh kerajaan ((Government Removal Request) daripada aplikasi platform Meta meningkat dengan drastik, kata Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah).

Mas Ermieyati ketika membahaskan Belanjawan 2025 bagi peringkat jawatankuasa berkata, data-data tersebut didedahkan Meta.

Menurutnya, pada tahun 2022, permintaan menurunkan hantaran oleh kerajaan adalah 515 sahaja dengan 47 daripada ditunaikan Meta.

Tetapi pada 2023, permintaan Kerajaan Madani melonjak kepada 8,580.

“Kerajaan Madani memberikan alasan permintaan ini hanya untuk hantaran berunsurkan pelbagai jenayah.

“Tetapi Meta dalam laporannya jelas memberitahu permintaan itu termasuklah untuk hantaran yang diklasifikasikan sebagai mengkritik kerajaan,” katanya.

Mas Ermieyati juga berkata, berdasarkan laporan aplikasi TikTok, sepanjang Julai hingga Disember 2023, Malaysia mencatatkan 27 peratus permohonan menurunkan hantaran daripada permintaan dari seluruh dunia.

Jelas beliau, jumlah 27 peratus daripada Malaysia ini melibatkan  sebanyak 1,862 hantaran, disusuli oleh Australia sebanyak 651,” katanya lagi

“Dalam masa lebih kurang sebulan kerajaan boleh menjadi kerajaan dalam dunia yang terpaling mencabul hak kebebasan bersuara apabila lesen media sosial dikuatkuasakan mulai 1 Januari depan,” katanya dalam perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here