Seorang wanita warga emas cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terbabas dan melanggar bangunan kedai di Jalan Padungan, di Kuching, Sarawak.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, Kong Nguk Ying, 80, dikeluarkan orang ramai sebelum ketibaan anggota bomba.