11 cawangan restoran Dolly Dim Sum dapat pengesahan halal JAKIM

KUALA LUMPUR- Rangkaian restoran dim sum popular, Dolly Dim Sum mengumumkan 11 cawangannya telah mendapat sijil pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut restoran itu dalam satu kenyataan hari ini, cawangan yang terlibat adalah IOI City Mall, Putrajaya; AEON Shah Alam; Sunway Pyramid; Setia City; Suria KLCC, Pavilion; NU Sentral, East Coast Mall, Kuantan; The Curve; KL East, dan Sunway Putra.

Katanya, cawangan-cawangan lain dijangka mendapat pengesahan sijil halal JAKIM tidak lama lagi.

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan kami dalam menyediakan makanan berkualiti di samping memberikan pengalaman tidak dilupakan para pelanggan.

“Ini termasuklah dalam mendapatkan jaminan halal. Jawatankuasa halal dan sistem kami akan memastikan bukan sahaja bahan mentah malah persediaan dan pengendalian makanan juga mencapai standard tertinggi kebersihan dan keselamatan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pengesahan halal terhadap cawangan terbabit adalah susulan kepada pengesahan sijil halal yang diperolehi dapur berpusatnya sebelum ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here