Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon

ISKANDAR PUTERI – Seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar mengalami sakit perut dipercayai akibat keracunan makanan semalam.

Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, mereka mengalami keracunan makanan selepas makan makanan yang disediakan di kantin sekolah terbabit.

“Mereka yang mengalami keracunan makanan itu dari darjah satu sampai darjah enam dan telah menerima rawatan di klinik dan hospital kerajaan termasuk satu dua orang di hospital swasta.

“Mereka tidak mengalami gejala yang teruk, tiada yang dimasukkan ke dalam wad. Masing-masing pulang selepas mendapatkan rawatan,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Tian Soon berkata, pegawai kesihatan daerah sudah melakukan pemeriksaan di kantin sekolah berkenaan pagi tadi dan sampel makanan sudah diambil serta dihantar ke makmal untuk ujian.

Jelasnya, keputusan sampel makanan tersebut akan diketahui dalam masa seminggu.

Menurut Tian Soon, Pejabat Kesihatan Daerah sudah mengarahkan kantin tersebut ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan selama dua minggu.

Tambahnya, selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan, pegawai kesihatan daerah akan membuat siasatan dan sekiranya berpuas hati membenarkan kantin terbabit beroperasi lebih awal.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here