KUALA LUMPUR- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melancarkan Tabung Kecemasan Bencana Banjir untuk membantu mereka yang menghadapi dugaan musibah mangsa banjir khususnya di negeri Kelantan.
Setiausaha Agungnya, Muhamad Aliemran Norasid berkata, gerak kerja bantuan sudah bermula dengan pasukan misi awal akan digerakkan Global Peace Mission (GPM) Malaysia pada mulai esok.
“Semoga usaha murni ini mendapat sokongan padu daripada masyarakat untuk membantu saudara-saudara kita yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, Tabung Bantuan Kecemasan Bencana Banjir 2024 ABIM memerlukan sumbangan untuk menyalurkan bantuan dalam bentuk kit ibadah (kain, sejadah, telekung); Kit Kebersihan Diri (sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, sikat); Mainan Kanak-Kanak dan Kit Wanita (pad wanita, tisu basah, panty liner).
Butiran Akaun untuk Sumbangan Wang Tunai:
Nama: Angkatan Belia Islam
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor Akaun: 14023010030552
Ref: banjir2024
Dalam masa yang sama tempat pengumpulan barang juga dibuka di lokasi berikut:
Dewan Sekretariat ABIM Pusat,, No. 6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Waktu (Hari): 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Jumaat).
Nombor untuk Dihubungi: 017-5583251 (U.P: Farhan).
-MalaysiaGazette