KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melaksanakan solat hajat memohon keselamatan daripada musibah banjir yang berlaku.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr, Sirajuddin Suhaimee berkata, tiga masjid utamanya telah melaksanakannya selepas solat Isyak malam tadi di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Esok sekali lagi solat hajat diadakan selepas solat Jumaat, katanya dalam kenyatan.
“JAKIM juga turut memohon kerjasama dan jasa baik pihak Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri seluruh Malaysia untuk turut sama mengadakan Solat Hajat di masjid dan surau di seluruh negara bagi tujuan yang sama.
“Kami menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama memberikan sokongan dan bantuan kepada mangsa yang terjejas serta mendoakan agar dikurniakan keselamatan dan kemudahan kepada semua pasukan penyelamat di lokasi terbabit dan dikurniakan ketabahan buat semua saudara kami yang diuji dengan musibah,” katanya. – MalaysiaGazette