KUALA LUMPUR – Pelanggan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) yang terjejas dengan bencana banjir boleh memohon penangguhan bayaran ansuran bulanan pinjaman mereka sehingga enam bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed berkata, penangguhan bayaran insurans menerusi Program Prihatin Banjir itu melibatkan produk pembiayaan rumah, peribadi dan kenderaan.

Selain itu, menurut beliau, Bank Islam turut menawarkan penggantian kad kredit, kad debit-i dan buku cek yang rosak atau hilang secara percuma.

“Bagi membantu perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir, Bank Islam menawarkan program pembiayaan Kemudahan Bantuan Bencana untuk PKS yang terkesan di kawasan bencana banjir yang telah dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Di bawah kemudahan ini, PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan untuk membaik pulih atau menggantikan aset perniagaan mereka, seperti kilang dan mesin yang rosak akibat banjir serta menyediakan modal kerja yang diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, tambah Mohd Muazzam, moratorium sehingga enam bulan turut disediakan untuk pelanggan PKS Bank Islam sedia ada yang terjejas di kawasan yang dikenal pasti oleh NADMA.

Ujar belliau, bantuan kewangan itu terbuka kepada semua kemudahan kredit dengan pembayaran berjadual atau berdasarkan kontrak, khususnya Kemudahan Pembiayaan Berjangka, Kredit Berpusing dan Kemudahan Garis Tunai serta Kemudahan Perdagangan.

“Bank Islam sentiasa memantau situasi terkini di semua kawasan yang terjejas. Kami turut prihatin terhadap cabaran yang dihadapi pelanggan, justeru kami mengambil tindakan proaktif untuk memastikan proses dokumentasi dan kelulusan mudah tidak membebankan mereka.

“Kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan Bank Islam. Oleh itu, kami berharap Program Prihatin Banjir dan Kemudahan Bantuan Bencana untuk PKS yang terjejas dapat membantu meringankan kebimbangan pelanggan terhadap komitmen kewangan mereka dalam waktu yang sukar ini,” katanya

Tambah beliau, permohonan untuk bantuan kewangan di bawah Program Prihatin Banjir boleh dibuat di cawangan Bank Islam terdekat dalam tempoh tiga bulan insiden.

Katanya, maklumat lanjut mengenai Program Prihatin Banjir boleh didapati di laman web korporat Bank Islam, www.bankislam.com.

“Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Bank Islam di [email protected] atau 03-26 900 900 untuk maklumat lanjut.

“Pelanggan Pembiayaan Perniagaan-i yang terjejas boleh membuat pertanyaan dan permohonan bantuan melalui cawangan Bank Islam terdekat atau melalui e-mel di sme[1][email protected],” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here