Johari Abdul

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memutuskan pertelingkahan antara Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) dan Chong Zhemin (PH-Kampar) berhubung penjelasan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, selesai.

Johari berkata, usul yang dibawa Ka Siong terhadap Rafizi dan usul Zhemin terhadap Ka Siong adalah dua perkara berbeza dan kedua-duanya mempunyai fakta yang betul.

“Jadi berdasarkan penelitian saya, keseluruhan kenyataan (Ahli Parlimen) Ayer Hitam dan (Ahli Parlimen) Pandan telah merujuk kepada dua perkara berlainan dan keduanya adalah fakta yang betul

“Ayer Hitam merujuk kepada kos pembangunan PADU (Pangkalan Data Utama) secara keseluruhan untuk tahun 2023-2025 manakala (Ahli Parlimen) Pandan merujuk kepada kos pembangunan Padu hingga September 2024,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Johari berkata, tidak wujud prima facie terhadap perkara tersebut yang dibawa dibawah Peraturan Mesyuarat 36 (6) mahupun 36 (12).

“Saya berpandangan perkara ini tak perlu dibangkitkan lagi selepas ini kerana saya telah membuat keputusan melalui surat saya yang telah saya utus kepada Kampar.

“Saya anggap kes selesai,” katanya.

Peraturan Mestyuarat 36 (12) adalah merujuk kepada perbuatan mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan yang disifatkan menghina Majlis.

Selasa lalu, usul untuk merujuk Ka Siong ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana membuat sangkaan jahat terhadap Rafizi ditolak Johari.

Zhemin yang membuat sidang media di Dewan Rakyat berkata, penolakan disebabkan kenyataan yang dilontarkan Ka Siong tidak memenuhi salah satu daripada tiga elemen Peraturan Mesyuarat 36 (12) iaitu ahli Parlimen yang membuat kenyataan ketika itu perlu mengetahui bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat.

Ahli Parlimen DAP itu berkata, rentetan penolakan usul, beliau turut menerima usul Ka Siong daripada Johari untuk dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 20 November lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here