Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan loji Solar Matarani milik Yinson Renewables di Peru, baru-baru ini. Foto Yinson Renewables

KUALA LUMPUR- Unit tenaga diperbaharui milik Yinson Holdings Bhd, Yinson Renewables (YR) berjaya memperolehi kemudahan pembiayaan hijau bernilai AS$59 juta bagi projek solar Matarani Peru daripada IDB Invest dan Natixis Corporate & Investment Banking (Natixis CIB).

Ketua Pegawai Kewangan YR Vegard Urnes berkata, pembiayaan tersebut penting bagi perniagaan syarikat itu di Amerika Latin.

“Kerjasama ini menjadi bukti kepada wawasan kami dalam pembangunan lestari dan menangani isu perubahan iklim.

“Kami tidak sabar untuk meneruskan kerja-kerja di Peru dan seterusnya menggunakan kerjasama erat ini untuk memacu projek-projek akan datang yang menyumbang kepada landskap tenaga lebih hijau dan mapan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut YR, Natixis CIB akan menjadi bank penstruktur tunggal, kordinator pinjaman hijau dan ‘lead arranger’ bersama IDB Invest

Loji Suria Matarani 97 MWp (puncak megawatt), terletak berhampiran Arequipa, Peru, disokong oleh perjanjian pembelian tenaga jangka panjang dengan Orygen, pembekal dan penjana tenaga boleh diperbaharui terkemuka negara.

Projek itu merupakan peristiwa penting dalam sektor tenaga Peru kerana ia merupakan loji suria yang beroperasi tanpa subsidi pertama yang dibiayai melalui kemudahan pembiayaan projek hijau.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here