KUALA LUMPUR- Agrobank menawarkan moratorium sehingga enam bulan serta penggantian buku akaun dan kad debit secara percuma kepada mangsa banjir di seluruh negara.
Menurut Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Agrobank memahami kesukaran pelanggan-pelanggan yang terkesan akibat banjir ketika ini.
“Agrobank proaktif dalam merangka pelan-pelan khusus untuk meringankan beban yang dihadapi mereka dan diharapkan bantuan pembayaran ini dapat memberikan sokongan yang diperlukan dalam mengharungi tempoh yang mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Banjir Agrobank, sila hubungi pusat perkhidmatan pelanggan Agrobank di 1300-88-2476 atau boleh memohon di laman sesawang Agrobank di www.agrobank.com.my atau berkunjung ke mana-mana cawangan Agrobank. -MalaysiaGazette