Papa Berry (tengah) bersama peguam (kiri) dan Ketua Pasukan Demi Negara Aidil Yunus selepas beri keterangan di BUkit Aman hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Papa Berry selesai memberikan keterangan kepada polis berhubung video tular beliau yang didakwa memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan temu ramah Perdana Menteri dengan CNN.

Papa Berry atau nama sebenarnya Nurpais Ismail hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman 9.45 pagi tadi dengan ditemani peguamnya Mohd Zubir Embong.

Katanya, proses merakam percakapan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5), Jabatan Siasatan Jenayah PDRM yang bermula 10.30 pagi tadi mengambil masa kira-kira 30 minit.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat tadi bahawa kes saya sedang disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (kerana berkelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Semasa saya memberi keterangan, pegawai pegawai penyiasat telah memberikan kerjasama yang cukup luar biasa kepada kami.

“Ada lebih 20 soalan ditanya kepada saya… Insya-Allah kita serah kepada polis meneruskan siasatan ini sekiranya difikirkan perlu,” katanya kepada pemberita selepas selesai dirakam percakapan di Bukit Aman, hari ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here