Logo Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis)

SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyekat cubaan seorang individu warga Indonesia untuk membawa keluar tiga ekor burung merbok tanpa permit eksport yang sah, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2, pada 17 Nov lepas.

Perbuatan itu dikesan pada 6 pagi semasa pemeriksaan rutin ke atas seorang individu di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA Terminal 2 dilaksanakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiga burung merbok tersebut cuba dibawa keluar tanpa sebarang dokumen yang sah seperti permit eksport Maqis mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” menurut Maqis dalam kenyataan hari ini.

Mengeksport sebarang keluaran pertanian tanpa permit eksport Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(2) Akta 728 yang boleh dihukum di bawah Seksyen11(3) akta sama.

Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua- duanya sekali.

Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang keluar dari dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan kerajaan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here