Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam sesi pertanyaan lisan Mesyuarat ke-3 Penggal ke-3 Dewan Negeri Pahang ke-15, di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

 

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang sedang membangunkan Sistem e-Tanah bagi memperkukuh dan mempercepat urusan pentadbiran tanah di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihak kementerian dan kerajaan negeri kini dalam proses menyediakan kontrak perjanjian yang dijangka ditandatangani pada bulan Mac 2025.

“Insya-Allah penggunaan sistem ini akan bermula enam bulan selepas kontrak ditandatangani yang dijangka pada September 2025.

“Tempoh permohonan sistem ini mengambil masa selama 24 bulan mengikut tempoh maksimum dan sistem ini akan boleh digunapakai oleh semua rakyat Pahang menjelang tahun 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain  berkenaan status pembangunan sistem itu dalam sesi pertanyaan lisan Mesyuarat ke-3 Penggal ke-3 Dewan Negeri Pahang ke-15, di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut memberitahu, kos membangunkan sistem tersebut sebanyak RM128 juta akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan kontrak akan dibuka bagi tempoh selama 14 tahun.

“Faedahnya banyak, antaranya kita boleh menarik pelabur. Keduanya, semua pemilik tanah boleh akses di mana-mana, tak perlu pegi ke pejabat tanah dan seterusnya boleh mempercepat urusan tanah.

“Kita juga boleh mengelak berlakunya penipuan dengan ada nya sistem ini,”katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here