Logp NUJ

KUALA LUMPUR – Persidangan Tergempar Perwakilan Dwi-Tahunan (EDC) Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia ke-24 melakar sejarah apabila
perwakilan kekal sebulat suara meluluskan usul mendesak kerajaan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA).

Usul ini mencerminkan komitmen dan pendirian NUJM sejak 90-an untuk memperjuangkan kebebasan media yang lebih inklusif dan bersesuaian dengan era digital.

Mesyuarat juga meluluskan usul untuk mengadakan kempen mengumpul dana bagi membantu wartawan Palestin yang terkesan akibat penjajahan di negara tersebut.

Ia adalah sebahagian daripada komitmen NUJ untuk menyokong rakan sejawat yang menghadapi cabaran getir termasuk risiko keselamatan, tekanan psikologi, dan kekurangan sumber akibat konflik berterusan.

Usul ini turut selari dengan amalan global yang dilaksanakan oleh organisasi seperti International Federation of Journalists (IFJ), yang giat menyokong hak dan kebajikan wartawan di kawasan konflik.

“NUJ percaya wartawan di Palestin memainkan peranan penting dalam memastikan dunia mendapat laporan yang tepat dan berani mengenai situasi sebenar di lapangan. Oleh itu, bantuan kewangan ini diharap dapat meringankan beban mereka dan menyokong usaha mereka menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

“NUJ akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan, termasuk pertubuhan wartawan antarabangsa, untuk memastikan dana yang dikumpul disalurkan dengan cara yang telus dan berkesan. NUJ juga menyeru organisasi media, ahli kesatuan, dan masyarakat umum untuk turut serta dalam usaha ini sebagai tanda solidariti kepada wartawan Palestin yang berdepan cabaran luar biasa demi melaporkan kebenaran,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam persidangan ini, NUJM turut mengucapkan penghargaan yang tinggi kepada Farah Marshita Abdul Patah yang telah melepaskan jawatan sebagai Presiden NUJM selepas menerajui kesatuan ini sejak tahun 2020.

Di bawah kepimpinan beliau, NUJM berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk memodenkan kesatuan serta memperkukuh suara wartawan di Malaysia.

NUJM juga mengiktiraf sumbangan Sudirman Mohd.Tahir, mantan naib presiden, yang memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan kewangan dan keberkesanan operasi kesatuan.

Persidangan ini turut menyaksikan peralihan tampuk kepimpinan apabila Low Boon Tat, jurugambar dari The Star, telah dipilih sebagai Presiden baharu NUJM.

Sementara itu, Teh Athira Yusof, Setiausaha Agung NUJM, berjaya mempertahankan kedudukannya untuk tempoh 2024-2027.

Berikut adalah senarai penuh barisan kepimpinan NUJ Malaysia bagi penggal 2024-2027:-
Presiden – Low Boon Tat (The Star)
Naib Presiden – Mohd Abdul Illah Hafiz Abdul Aziz (NSTP)
                        – Mark Mathen Victor Jonathen (SunDaily)
Setiausaha Agung – Teh Athira Mohamed Yusof (The Star)
Timbalan Setiausaha Agung – Lydia Nathan (The Star)
                                               – Fong Tze Hong (Nanyang)
Bendahari Agung – Chan Tak Kong (The Star)
Timbalan Bendahari Agung – Lim Kah Siang (Sin Chew)
Ahli Jawatankuasa: – Mohamad Najiy Muhammad Jefri – Exco NUJ-NSTP
Chan Pei Li – Exco NUJ-Sin Chew Media
Fatin Hafizah Sahar – Exco NUJ- Star Media
Lee Wen Jiang – Exco NUJ-Nanyang

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here