Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal pada sidang media selepas selesai Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Takaful Malaysia ‘Legasi Yang Mampan’ di The Majestic Hotel, KL. Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 NOVEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Kumpulan Takaful Malaysia (Takaful Malaysia) terus mencatatkan prestasi cemerlang dan  pertumbuhan kukuh untuk sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2024 dengan merekodkan pendapatan sebanyak RM2.66 billion meningkat 23 peratus berbanding RM2.17 bilion tahun lalu.

Pencapaian ini dipacu oleh sumbangan lebih tinggi daripada perniagaan takaful keluarga dan takaful am, serta peningkatan dalam perlindungan bagi kedua-dua perniagaan takaful.

Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, syarikatnya mencatatkan keuntungan sebelum zakat dan cukai sebanyak RM435.2 juta untuk tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2024, peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya RM392.3 juta.

Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Muhamad Razak Idris (dua, kanan) menyerahkan Anugerah Sepanjang Hayat kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Datuk Mohd Fadzli Yusof (dua, kiri) pada Sambutan 40 Tahun Takaful Malaysia di sebuah hotel di ibu negara. Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia Nor Azman Zainal (kanan) dan Pengerusi Kumpulan Takaful Malaysia Datuk Mohammed Hussein (kiri). Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 NOVEMBER 2024

Keuntungan selepas zakat juga meningkat kepada RM296.5 juta daripada RM276.8 juta tahun sebelumnya,” katanya kepada media pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-40 Takaful Malaysia yang bertemakan ‘Legasi Yang Mampan’ malam tadi.

Dengan prestasi itu, Takaful Malaysia mengisytiharkan agihan dividen interim sebanyak 17 sen sesaham pada 29 November 2024, berjumlah RM142.3 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2024 iaitu peningkatan sebanyak 21 peratus.

Tamabah beliau, Takaful Malaysia komited unuk mengukuhkan  kedudukan dalam perniagaan bankatakaful, perbendaharaan, manfaat pekerja dan takaful am, di samping memperluaskan perniagaan takaful am secara strategik melangkaui segmen motor.

“Platform dan jenama digital kami, Kaotim pula menawarkan rangkaian perlindungan komprehensif, berpatutan serta mudah diakses, selain memberikan hasil positif.

“Kami berhasrat mencapai matlamat perniagaan jangka panjang dengan mempelbagaikan portfolio dalam pasaran runcit dan kekal teguh memajukan agenda digital kami yang menjadi elemen penting untuk memastikan kemampanan masa depan perniagaan kami,” ujarnya.

Para tetamu turut hadir bagi meriahkan suasana Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Takaful Malaysia ‘Legasi Yang Mampan’ di The Majestic Hotel, KL. Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 NOVEMBER 2024

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluannya, Nor Azman berkata, Takaful Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan kukuh dan konsisten selama empat dekad sejak penubuhannya pada tahun 1984.

“Ulang tahun ke-40 ini adalah satu pencapaian untuk diraikan dan simbol perjalanan yang mencabar dan kejayaan kita bersama. Kita kekal berdaya saing di tengah-tengah persaingan sengit melalui rangkaian produk dan perkhidmatan yang komprehensif dan berpatutan.

“Sepanjang empat dekad yang lalu, Takaful Malaysia telah mencapai pelbagai kejayaan dan mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ulang tahun ini adalah pencapaian untuk diraikan dan simbol perjalanan yang mencabar dan kejayaan kita bersama,” ucapnya.

Nor Azman turut mengumumkan Takaful Malaysia akan memperkenalkan sebuah program kepimpinan belia, ‘Takaful 100 Youth Leadership Program’ sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian dan aspirasi mereka untuk melahirkan generasi pemimpin muda yang berwawasan.

Dalam majlis gilang-gemilang itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia, Datuk Mohd Fadzli Yusof, telah diberi penghormatan dengan anugerah pencapaian seumur hidup atas peranan penting beliau dalam membangunkan syarikat sejak ia ditubuhkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here